mine

Ahlan Wasahlan ke blog hamba Allah Nurnazreena Nazam Suhaimi. Jaga imaan, Jaga hati, Jaga amal, Jaga diri. Yang baik itu dari Allah s.w.t, yang buruk itu dari kelemahan ana sendiri. Allah bless and love u. Ittaqullah..

Thursday, December 13, 2018

NEW PHASE OF LIFE!

Assalamualaikum.. hai korang...
bertahun-tahun tak update.. nasib baik ingat lagi password.. fuhhh 😊😊😊

So, mesti ada yang tertanya-tanya apa jadi pada life aku sekarang kan. It's a longgggggggggg story. Tapi good news yang aku nak bagitau.. I AM MARRIED ON 2016 yeayyyy.. and I have a cute son called Amsyar Rifqi. Mac 2019 he'll be 2 years old. In shaa Allah.. 💗💗💗

Next time aku payung gambar eh.. sebab hari ni mood ke laut.. entry pun just a short entry. ok guyss.. see ya in my next entry ok? byeeee... Assalamualaikum.

Sunday, August 9, 2015

it's just the beginning.

Assalamualaikum and hi guys.

happy monday..
i've experienced yg agak melukakan hati.. tapi x laa teruk sgt sbb dah tawar hati.. so jadi mcm... faham x?? heheheh.. jadi mcm... argghh.. peduli laa.. bosan..

bosan sebab asyik jadi org yang :

"ye abg.."
"okey..takpelah klu x boleh.."
"oh..yeke? sorry"...
bosan bile perbodohkan diri, setia.. sayang dekat orang yg asyik nak cari salah kite, asyik nak marah-marah, asyik kite je kne dgr cakap die.. bosan... last skli.. aku ambil keputusan untuk pergi.. cukup lah aku persiakan hati aku, aku menyakitkan hati aku sendiri, padahal die langsung x hargai aku ade utk die, die nak aku je faham die, nak aku je mengalah, nak aku je yg stand for this relation.. ingat aku batang kurma? ingat aku batu belah batu bertangkup? ingat aku ni patung annabelle?  dah.. suddah cukup cukup sudah.. sampai di sini saja... hahahaha...

guys.. know what? let go of everything that make ur heart sick! mula-mula mmg frust.. tapi kau akan rse lega lama-lama.. rse tenang.. x cye? try laa... :)

xoxo: captain NNS


Monday, August 3, 2015

Shout out!

Assalamualaikum guys....HELLO MALAYSIA!!!! :)

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. i've lost my words.. ^_^'.. byk sangat rahmat dan nikmat Allah... it's came when i am almost give up with everything.. 2 good news in a week! yeayyyy.. i've passed all the subject for last semester..hiphip hoorayyy!! *shuffle dance.. hahaha. andd..of course i'll have my own car licence..


okey.. over plak kan?? -_-".. seems like all the pain have been paid.. pagi-pagi tadi dah call abah bagitau.. and abah seems very happy.. mama plk.. cannot reached her.. maybe because of her phone.. die punya phone problem.. then bagitau rizal.. die pun happy and congrats me.. tapi die mintak ID dgn password portal.. die nak tgk sendiri.. memang x la nak bagi kann?? hahahaha.. :D guys.. i've got to go.. nak kena masak tngah hari.. kejap lagi dorang nak balik dah.. chow! assalamualaikum..

xoxo: Captain NNS.

NIQAB

NIQAB??

Buka atau pakai?

Ada yg berkata.
"Aku buka bukan kerana mempermainkan pemakaian SUNNAH. Tetapi aku x sanggup mempermainkannya. Kerana aku masih insan yg suka upload gambar sana sini"
Masih belum mampu menjaga akhlak ku seindah Ummu Mukminin.

Baiklah,
Mari kita bermain dengan logik,
Al kisah seorang perokok.. nak berenti merokok.
Tapi masih selalu pegang rokok, lihat rokok, simpan rokok..
Adakah beliau mampu berhenti?

Tidak.. pasti tidak,..
Begitu juga jika mahu mengawal perasaan seperti malu, adab, sikap, keinginan upload gambar sana sini..
Adakah dengan menanggalkan ia akan membantu kita untuk tidak upload gmbar?
Pasti tidak,
Kerana kita masih berada dengan keadaan yg x mampu membantu kita utk berubah.
Dan kita merasa TIADA sebab utk tidak upload,
Jika dahulu, kita nak upload, perlu fikir,
Aku berpakaian seperti UMMU MUKMININ,lalu aku perlu menjaga cara ku..

Tapi kini aku biasa, jadi apa keperluan ku untuk tidak upload,

Contoh utk yg kata berubah perlahan2 dan DALAMAN.

Apa dengan terus menerus pakai pakaian seksi akan membantu kita berubah,
Tidak.
Kerana kita x da sempadan yg akan buat kita kuat utk berubah ke arah lebih baik,

pengalaman aku dan kawan2,
Tabiat memang sukar di ubah, aku juga sama,
Tapi perlahan2,
Aku upload juga gambar, tapi mula kurangkan bilangan.
Adakah aku Suka ummu mukminin difitnah kerana apa aku lakukan?

Wallahi tidak sama skali,
Tapi aku, dia dan kamu ada kelemahan masing2,
Perlahan2 tapi ubah, kurg kan hingga hilang,

Jangan kerana pandangan kalian, lalu kami yang masih mahu menaikkan martabat pemakaian ini dihina kerana kelemahan kami,
Jika kami masih fikir diri kami lemah dan masih tidak layak memakai nya,
SAMPAI BILA BARU BOLEH PAKAI?

kita tidak tahu orang lain bergelut dengan kelemahan masing2 bagaimana,
Berhenti mencela dan rasa pendapat sendiri paling berguna,
Dan peringatan2 yg datang dari pelbagai cabang dan cara juga perlu diterima,
Kerana teguran yg buat kita kembali kpd Allah itu bukan dr manusia,
Tp dari Allah melalui manusia,

Jom sama2 ubah

wink emoticon





Perkongsian,

Eizyannazura
3 Ogos 2015
Shah alam

Oh car licence!

Assalamualaikum... hi guys!

aishhh... its been a very long time since i'm not updating this.. soo.. i'm starting this entry with good new.. guess what??...
Finally... i will take car test to get my own car licences... yeayyyy.. alhamdulillah... at lastt...fuhhh...

tadi baru bayar duit utk computer test. RM222.00, orang kata dah naik harga. This is my first experienced..so.. x blh nak comment lebih-lebih pasal harga sebab tak pernah compare harga pun sebelum ni. Orang yang akan ajar aku ni nama dia Haji Haridan, dari rupa.. maybe dia dalam 40++.. dia ex policeman bahagian narkotik dulu before dia pencen and buka driving school. Orangnya baik... nampak macam friendly.. its a relief actually. 

but still, i've got butterfly in my belly.. nervous hakak weyhh.. takuttt... first time nak try bawak kereta manual, first time nak rasa ambil lesen tu macam mana. selama ni pegang lesen orang je.. drive pun selama ni booked guna lesen orang., nampak x kenakalannya di situ. berani mati punya tindakan. tindakan tanpa berfikir atau nama saintifiknya 'thinkingwithnoseandfoot' symptom. :p

cannot describe this feelings.. praise to Allah, peace upon Muhammad s.a.w, thanks to mama and abah for make my dream become reality.. i'm sooo happy and delightful. hihi :D

xoxo: captain NNS

Monday, July 1, 2013

Renungan Ramadhan

“Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka”.

Gembiranya hati tidak terkira kerana masih berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bersama-sama mengapai rahmat dan redha-MU dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju Syurga-MU.

Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
Sesungguhnya Syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut ‘Rayyan’.  Akan diseru pada hari kiamat: “Mana orang yang berpuasa?” Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup”. [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]


Ya Allah, diri ini tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan-MU, sesungguhnya rindu ini semakin memuncak, bila tibanya bulan yang penuh keberkatan ini, apatah lagi bagi orang yang berpuasa semata-mata kerana-MU akan dikurniakan syafaat.

Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: “Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di
kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya.”
[Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i]

“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada Hari Kiamat.  Berkata puasa pada Hari Kiamat: “Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu” Dan berkata pula al-Quran: “Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang  ia meminta syafaat padaku mengenai itu.” Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah.” [Hadis Riwayat Ahmad]
“Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” [Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan]
Sesungguhnya puasa itu banyak hikmah dan faedahnya.

 
Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah
perhatian Allah.
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hamba-Nya memenuhi bulan tersebut dengan
amalan ketaatan dan taqarrub kepada-Nya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan
memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan
keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin


#this also might be my last Ramadhan. Allah, thanks for all that You gave to me.The chances,the happiness, Alhamdulillah. May this Ramadhan be my most awesome Ramadhan. In shaa Allah. :)

<<<ismi nurnazreena>>>

Sunday, June 9, 2013

lama betul tak entry (^____^)

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum sahabat-sahabat ana.
ape khabar antum?
Allahurabbi...lama betul ana tak entry blog nih. habes bersawang. sebelumnya, ana nak ucapkan salam syaaban. sementara menunggu waktu untuk bersahur (gilir-gilir jadi guard nk kejut sahur), ana entry la "Love Till Jannah" ni.
sejujurnya ana banyak cerita nak berkongsi, tapi tak tau nak cerita yg mana dulu. :)
ha! ana tau.. ana cerita tentang hari lahir ana yang jatuh pada 8 jun 2013 (sabtu) baru-baru ni boleh?
sebelum jam 12.00 tgh mlm 8 jun ana chatting dgn sahabat ana, sempat beliau mengucapkan selamat hari lahir.. awal 15 minit. hehe. kemudian, ana meminta diri kerana sejujurnya ana rasa rindu pada family. menyambut hari lahir jauh dari family.. Allahurabbi.. lain sangat rasanya..(even dah sweet 21).
ok.. iklan sat.. sambung cerita. ana pun duduk-duduk di bawah langit malam ditemani bintang-bintang ( ok.. tak sia-sia tengok cerita-cerita P.ramlee yang penuh ayat sastera tu). mase tgh berdating dgn Dia di bawah langitNya, dapat mesej wish birthday dari roomate. Alhamdulillah, roomate pesan mcm-mcm dan bagi kata-kata semangat untuk ana.sape roomate ana?? lupe nak intro, jap eh??
Nur Izzati binti Md Fadzillah (tak sure ejaan,walaupun dah jdi roomate 2 sem.haihzz.. ==" ). mek ti nih org kota bharu,kelantan. sedih sgt baca mesej roomate bagi. ana sebenarnya tak mengjangka akan dapat mesej yg very touching mcm tu dari roomate. ape lagi.. berlinang laa air mata. masuk-masuk bilik dorang semua wish sannah helwah dan buat video birthday wish utk ana.so sweet... ramai ada dlm bilik tu, sahabat ana, fira.. sampai menangis sbb tgk ana menangis. hehe. lepas tu ana masuk bilik no 2 ana (bilik rehat tempat ana dan akhawat study) pon ade surprise jugak. dorang buat jamuan kecil-kecil utk ana, yang penting ade aiskrim, ade 3 bungkus nasi lemak yang diletakkan dalam satu pinggan yg dikongsi 4 org. ade air milo ais, ade fries cicah cheese,ade macam-macam.. dorang buat kad utk ana. subhanallah. in dahnya ukhwah lillahitaala. tidak kurang juga yang wish di FB, senyum sorang ana baca wish korang. ana bersyukur, dalam 100 yang membenci, masih ada 1000 yang sayang ana. Allah..Allah..Allah.. T_T. ada juga sahabat yang bagi hadiah, hadiah pertama yang ana dapat ialah alunan azan, Allahu, dgr alunan azan tu.. terasa dah berada di mekah.(tak sabar sgt nak jejak kaki di bumi Allah, tgh kumpul duit), hari ni pulak roomate bagi hadiah mug yang sgt comel warna biru.
ana: roomate, mcm mana awk tau saya suke colour biru?
roomate: obvious sgt awk tu fan colour biru, beg biru,speaker biru,headphone biru, semua biru.
ana: hehe.. a'ah.lupe awk roomate sye, mesty la awk tau. syukran roomate.syg awk! (^___^)
feel blessed. alhamdulillah. nak cerita lagi. tapi next entry boleh? nk teman akhawat ana, kesian die, dah terkebil-kebil tak tau nak buat ape. uhibbuki fillah. Barakallah. Assalamualaikum.
p/s: pic mug akan menyusul kemudian. :)