Gembiranya hati tidak terkira kerana masih berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bersama-sama mengapai rahmat dan redha-MU dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju Syurga-MU.
Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesungguhnya Syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut ‘Rayyan’. Akan diseru pada hari kiamat: “Mana orang yang berpuasa?” Lalu bila orang yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup”. [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Ya Allah, diri ini tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan-MU, sesungguhnya rindu ini semakin memuncak, bila tibanya bulan yang penuh keberkatan ini, apatah lagi bagi orang yang berpuasa semata-mata kerana-MU akan dikurniakan syafaat.
Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: “Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di
kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya.”
[Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i]
“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada Hari Kiamat. Berkata puasa pada Hari Kiamat: “Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu” Dan berkata pula al-Quran: “Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang ia meminta syafaat padaku mengenai itu.” Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah.” [Hadis Riwayat Ahmad]
“Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” [Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabussunan]
Sesungguhnya puasa itu banyak hikmah dan faedahnya.
Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah
perhatian Allah.
perhatian Allah.
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hamba-Nya memenuhi bulan tersebut dengan
amalan ketaatan dan taqarrub kepada-Nya.
amalan ketaatan dan taqarrub kepada-Nya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan
memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan
keterlalulan.
memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan
keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin
#this also might be my last Ramadhan. Allah, thanks for all that You gave to me.The chances,the happiness, Alhamdulillah. May this Ramadhan be my most awesome Ramadhan. In shaa Allah. :)
<<<ismi nurnazreena>>>



No comments:
Post a Comment